Semasa

Agenda pemerkasaan negara rangkum semua rakyat, tiada kaum terpinggir

Agenda pemerkasaan negara yang dibawakan Kerajaan Perpaduan akan merangkumi seluruh lapisan rakyat tanpa mengira bangsa termasuk masyarakat India Muslim.

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata dakwaan segelintir pihak yang mengatakan Kerajaan Perpaduan mengetepikan sebahagian golongan adalah tidak berasas melainkan ia hanyalah hasutan berbaur politik.

“Tidak pernah terfikir sekalipun pihak kerajaan mengetepikan mereka atau mana-mana pihak oleh kerana kemajmukan masyrakat Malaysia terdiri dengan kepelbagaian kaum dan budaya.

“Kita yakin mereka terpaksa meluahkan perkara itu kerana itu adalah suara daripada akar umbi yang mungkin termakan asakan luar untuk melemahkan semangat mereka,” kata Timbalan Perdana Menteri itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Agung Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) ke-44 di di Dewan Tun Hussein Onn WTC, di Kuala Lumpur yang dihadiri lebih 800 perwakilan seluruh negara.

Related Articles

Back to top button