Negeri

Selangor sasar tanam 200,000 pokok setiap tahun

Selangor mensasarkan untuk menanam lebih 200,000 pokok di negeri itu setiap tahun, kata Menteri Besar Datuk Seri Amiruddin Shari.

Ditemui selepas merasmikan Fit Malaysia Selangor 2023 di Gamuda Cove Central Park di Kuala Selangor pada Sabtu, Amiruddin berkata usaha itu sebagai komitmen kerajaan negeri menyokong inisiatif kerajaan dalam Kempen Penanaman 100 juta Pokok Menjelang 2025 sekali gus mencapai hasrat 54 peratus daripada kawasan Malaysia dihijaukan.

“Kita sasarkan setiap tahun untuk menanam lebih 200,000 pokok untuk menyokong usaha itu.

“Kita juga berbesar hati Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj) dan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor (Tengku Amir Shah) selalu mencemar duli untuk menyertai program penanaman pokok,” katanya.

Dalam program itu Amirudin turut menanam pokok jenis Darma Minyak bagi menyokong kempen berkenaan.

Related Articles

Back to top button