Sukan

Wajar beri peluang bekas atlet pimpin persatuan sukan – Hannah Yeoh

Persatuan sukan perlu dipimpin individu yang mampu memberi komitmen tinggi serta mengamalkan tatakelola yang baik dalam memacu sukan negara.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berpandangan persatuan sukan sewajarnya dipimpin individu yang mampu memberi komitmen tinggi dalam memacu sukan negara.

Bercakap dalam sidang media selepas hadir ke program rintis berbentuk Perkhemahan Keluarga di Kem Wawasan Negara Ulu Sepri di Rembau pada Ahad berkata, beliau tidak mahu persatuan sukan digunakan sebagai medan kepentingan politik individu.

“Bekas atlet wajar diberi peluang untuk memegang jawatan dalam persatuan sukan. Mereka berupaya berkongsi idea untuk mewakili atlet dan tahu bagaimana untuk membangunkan sukan di peringkat akar umbi.

“Sebab itu Majlis Sukan Negara (MSN) mengadakan kursus kepimpinanā€¦tetapi kita sedar persatuan perlukan dana, sebab itu mereka memilih tokoh korporat dan politik.

Saya tidak mahu persatuan sukan digunakan untuk medan berpolitikā€¦kita mahu sukan itu maju,” katanya yang turut menekankan tata kelola baik diperlukan dalam pengurusan persatu sukan.

Hannah sementara itu menambah, amat penting untuk mewujudkan keseimbangan dalam persatuan sukan dengan individu berpengalaman, wanita dan lelaki.

Related Articles

Back to top button