Anwar

PM Anwar hadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 di Jakarta

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di Pusat Konvensyen Jakarta (JCC) di Senayan, lokasi Sidang Kemuncak Asean ke-43.

Ketibaan pasangan itu disambut Presiden Indonesia Joko Widodo dan isteri Iriana, serta Menteri Luar Retno Marsudi.

Anwar mengetuai delegasi Malaysia ke sidang kemuncak ASEAN dan sidang-sidang kemuncak berkaitan bermula hari ini hingga Khamis dengan Indonesia sebagai Pengerusi ASEAN di bawah tema ‘ASEAN Matters: Epicentrum of Growth’.

Beliau akan menyertai Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 dan perasmian Forum ASEAN-Indo Pasifik (AIPF) serta mengadakan pertemuan dengan rakyat Malaysia di sini dan sahabat-sahabat Indonesia dalam Program Temu Anwar.

Semalam, Anwar melahirkan harapan bahawa penyertaan Malaysia pada sidang kemuncak tahunan itu akan mengukuhkan lagi Kepusatan ASEAN di rantau Indo-Pasifik dan menggalakkan keterangkuman serta keterbukaan ASEAN dalam menjalin hubungan dengan rakan luar.

“Platform ini dapat menggalakkan kebersamaan, keamanan dan kestabilan tatkala menghadapi cabaran dan perubahan evolusi geopolitik serantau,” katanya.

Platform itu juga menurut Anwar, dapat digunakan bagi menyatakan hala tuju kerajaan berkaitan isu global yang berkaitan, selain menyertai beberapa siri sidang kemuncak bagi mengukuhkan rangkaian diplomatik yang sekian lama terjalin dengan rakan ASEAN.

Related Articles

Back to top button