PRK Pulai: Dua pusat mengundi awal di buka jam 8 pagi ini
Seramai 927 pemilih terdiri daripada pegawai polis dan anggota akan menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai hari ini.
Dua pusat mengundi akan dibuka serantak jam 8 pagi ini iaitu di pusat mengundi awal Bilik Gerakan, Balai Polis Kempas dan Dewan Nusantara, Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua.
Mengikut data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 46 orang akan mengundi di Balai Polis Kempas, manakala 881 orang di Markas Pasukan Polis Marin (PPM).
PRK Pulai diadakan susulan kematian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub, yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, pada 23 Julai lepas.
Bagaimanapun, tiada pengundian awal untuk kerusi DUN tersebut.
SPR telah menetapkan hari pengundian bagi kedua-dua kerusi tersebut pada Sabtu ini.