hiburan

Kerajaan komited tambahbaik skim gaji dan pencen penjawat awam

KERAJAAN Perpaduan kekal komited meneruskan pencen pesara walaupun berdepan tanggungan perbelanjaan mengurus (OE) yang semakin meningkat.

Pendirian itu dinyatakanTimbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan kepada pemberita di Forum Pencarum KWAP 2023 di Kuala Lumpur pada Selasa.

Tambah beliau, dianggarkan 32,000 pesara baharu direkodkan setiap tahun dan kerajaan membelanjakan RM31 bilion bagi membayar pencen lebih 900,000 pesara.

Daripada jumlah itu, 768,947 pesara termasuk penerima pencen terbitan di bawah Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).

“Sehingga Julai, dana kasar KWAP yang belum diaudit mencecah RM184.5 bilion. Lebih kurang 80 peratus dana dilaburkan di dalam negara, dan 20 peratus adalah pelaburan antarabangsa,” katanya sambil menjelaskan kerajaan akan terus mengusahakan penambahbaikan kepada skim gaji penjawat awam dan pencen menerusi kajian menyeluruh.

Menyentuh mengenai KWAP, beliau menjelaskan ia merupakan pengurus dana ketiga terbesar selepas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Permodalan Nasional Bhd, menyumbang dividen sebanyak RM3 bilion kepada kerajaan.

40 peratus dana KWAP dilaburkan di dalam sekuriti pendapatan tetap dan ekuiti persendirian, manakala selebihnya di dalam sektor hartanah dan ekuiti awam.

KWAP katanya menyasarkan dana kasar mencecah RM200 bilion pada 2025 dengan pelaburan pulangan sebanyak tujuh peratus.

Related Articles

Back to top button