Uncategorized

PM tegaskan tidak akan campuri urusan kes Ahmad Zahid

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi menegaskan beliau tidak akan mencampuri urusan Peguam Negara berhubung pengguguran 47 pendakwaan kes jenayah pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Program Temu Anwar di Jakarta, malam Selasa, Anwar memaklumkan bahawa Peguam Negara ada kuasa sepenuhnya.

“Jaksa Agung ada wewenang (kuasa) sepenuhnya, dan dia berikan alasan itu. Jadi saya serah kepada wewenang Jaksa Agung kerana dia bicara tentang 200 halaman permohonan baru oleh Datuk Seri Zahid.

“Keduanya, dokumen dari Jaksa Agung yang bocor … dan menunjukkan ada pendirian Jaksa Agung (Tan Sri Idrus Harun) menentang pendakwaan pada peringkat awal. Tetapi ini keputusan Jaksa Agung dan saya tak boleh campur,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah pada 4 September lepas telah melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid, 70 yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) daripada kesemua 47 pertuduhan.

Media melaporkan keputusan itu dibuat selepas Collin membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, yang memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun menggunakan kuasanya di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan untuk tidak meneruskan prosiding terhadap Presiden UMNO itu.

Idrus pula tamat tempoh lantikan kontraknya sebagai Peguam Negara berkuatkuasa semalam (5 September), dan digantikan dengan Peguam Cara Negara baharu Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.

Related Articles

Back to top button