Mahkamah

Kertas siasatan Hadi Awang terkait isu 3R sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara – KPN

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kenyataan yang dikeluarkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Awang berhubung isu agama, bangsa dan institusi diraja (3R) sudah diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya kini sedang menunggu sebarang arahan susulan daripada Pejabat Peguam Negara.

Katanya, kertas siasatan yang sudah dilengkapkan itu diserahkan pagi tadi untuk tindakan lanjut sebelum sebarang tindakan susulan diputuskan.

“Kertas siasatan Abdul Hadi itu sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pagi tadi, kita menunggu tindakan selanjutnya,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis penutup Simposium Forensik Kebangsaan ke-4 2023 di Maktab Polis Diraja Malaysia, di Kuala Lumpur, hari ini.

Isnin lalu, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah, merekod keterangan Abdul Hadi berhubung satu kenyataan dalam ceramahnya di markas parti itu di Bakri, Muar, Johor, bulan lalu.

Abdul Hadi disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sementara itu, beliau mengulas mengenai bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin jelas Razarudin, dia akan dipanggil pada 12 September depan untuk memberi keterangan.

“(Keterangan) Tan Sri Muhyiddin Yassin akan diambil pada 12 September depan, sepatutnya 11 haribulan,” katanya lagi.

Manakala, berhubung siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan kenyataannya yang dikatakan menghina institusi diraja, Razarudin berkata kertas siasatan itu juga sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara, Selasa lalu.

Related Articles

Back to top button