Global

PM bertemu Klaus Schwab, bincang kukuh kerjasama Malaysia – WEF

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu mengadakan pertemuan bersama Pengasas dan Pengerusi Eksekutif World Economic Forum (WEF), Profesor Klaus Schwab.

Pertemuan itu berlangsung sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 di Jakarta, maklum Anwar dalam hantaran di laman Facebooknya.

“Kami membincangkan usaha dalam memperkukuh kerjasama antara Malaysia dan WEF, serta persiapan untuk Mesyuarat Tahunan WEF yang dijadualkan dari 15 hingga 19 Januari 2024 di Davos-Klosters, Switzerland.

“Usai pertemuan tersebut, saya juga berkesempatan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Cook Islands, TYT Mark Brown yang antara lain bagi merapatkan hubungan dua hala dan potensi kerjasama baharu dalam pelbagai sektor serta bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu berkepentingan bersama.

“Ia antara lain bagi merapatkan hubungan dua hala dan potensi kerjasama baharu dalam pelbagai sektor serta bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu berkepentingan bersama,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar dalam catatan tersebut turut menyatakan harapan agar pertemuan tersebut membawa manfaat di masa depan.

Related Articles

Back to top button