Semasa

Insentif Rebat RAHMAH Pengamal Media simbolik penghargaan dari kerajaan

Jabatan Penerangan (Japen) menyarankan pengamal media untuk menyemak kelayakan bagi menikmati Insentif Rebat Rahmah yang diumum Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) baru-baru ini.

Menerusi kenyataan, Japen berkata, semakan tempoh sah laku kad perakuan masing-masing boleh dibuat dengan log masuk ke akaun sistem e-Media Jabatan Penerangan Malaysia di pautan https://emedia.penerangan.gov.my/ sebelum atau pada Ahad ini.

“Sempena Hari Malaysia 2023, pengamal media akan menikmati Insentif Rebat RAHMAH Pengamal Media seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil pada 29 Ogos 2023 yang lalu,” kata kenyataan tersebut.

Pemberian rebat bil telefon pelan pascabayar secara sekali beri bagi bil bulan September 2023 untuk pengamal media simbolik penghargaan kerajaan kepada pengamal media yang secara telus menyebarkan informasi berkenaan usaha kerajaan khususnya berkaitan pakej Rahmah kepada rakyat.

Japen berkata pemberian rebat itu juga tertakluk kepada terma dan syarat daripada syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat iaitu TM (Unifi Mobile), CelcomDigi, Maxis, U Mobile dan YTL Communications.

Maklumat lanjut Insentif Rebat RAHMAH Pengamal Media boleh didapati melalui soalan lazim (FAQ) di pautan https://www.kkd.gov.my/awam/faq.

Related Articles

Back to top button