ekonomi

LKIM bakal perkenal insiatif tingkat ekonomi nelayan

Sebagai salah satu usaha meningkatkan ekonomi nelayan di negara ini, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) merancang untuk memperkenalkan konsep satu persatuan nelayan, satu produk .

Pengerusi LKIM Muhammad Faiz Fadzil ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Rahmah Mesra MADANI bersama nelayan Orang Asli Pulau Indah, di Klang pada Ahad berkata, inisiatif itu dilihat mampu meningkatkan taraf dan kualiti hidup golongan nelayan yang kebanyakkannya daripada kelompok B40 sekaligus membasmi kemiskinan dalam kalangan mereka.

“Hal ini kerana ramai dalam kalangan mereka (nelayan) tidak melibatkan diri dalam industri hiliran, bermaksud mereka tidak mengubah hasil tangkapan mereka itu untuk menjana pendapatan.

“Terdapat 113 persatuan nelayan di dalam negara, jadi saya merancang untuk mewajibkan setiap persatuan ini mempunyai produk dan aktiviti hiliran berasaskan perikanan masing-masing supaya lebih banyak hasil dapat dijana,” katanya.

Beliau sementara itu percaya, melalui inisiatif itu, ia mampu membantu kerajaan dalam memastikan bekalan produk berasaskan ikan di pasaran sentiasa mencukupi.

Pada majlis semalam, 29 nelayan dari kampung Orang Asli itu menerima bantuan kotak makanan dan peralatan nelayan di bawah program Peningkatan Pendapatan dan Bantuan Peralatan Penangkapan Ikan (Touch Point) dengan peruntukkan keseluruhan RM31,030.

Related Articles

Back to top button