Anwar

PM Anwar ucap takziah buat keluarga penyampai berita Raymond Goh

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga penyampai berita Nightline TV3, Allahyarham Raymond Goh atau Mohd Zaman Goh yang meninggal dunia pagi tadi.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Perdana Menteri merakamkan penghargaan atas jasa Allahyarham dalam bidang penyiaran.

“Mendoakan semoga mereka (keluarga) tabah menghadapi dugaan ini.

“Dunia penyiaraan akan merindui Allahyarham dan sudah pastinya juga jasa beliau akan terus dikenang buat selama-lamanya,” katanya.

Raymond Goh menghembuskan nafas terakhir di sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya, Selangor.

Untuk makluman, Raymond memulakan kerjaya sebagai penyampai berita di 7 O’clock News dan kemudian beralih kepada siaran Nightline di stesen televisyen berkenaan.

Beliau telah berkhidmat dalam dunia penyiaran lebih 30 tahun dan kini turut menjadi jurulatih untuk pengucapan.

Related Articles

Back to top button