Semasa

RMK-12 liputi keperluan semua, tiada pihak akan tersisih

Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui Kajian Separuh Penggal di Dewan Rakyat semalam meliputi keperluan semua rakyat negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika mengulas pembentangan itu berkata, RMK12 bukan saja turut memberi tumpuan kepada kawasan luar bandar, namun turut tidak meminggirkan Sabah dan Sarawak.

Perkara itu jelasnya dapat dilteliti dati setiap laporan yang dikemukakan perdana menteri yang memperlihatkan tujuan setiap sektor.

“Tak ada satu kumpulan sasar tertinggal untuk disantuni (melalui) peruntukan-peruntukan yang disasarkan.

“Saya juga melihat bahawa terdapat pertambahan peruntukan untuk pinggir dan luar bandar, dan tak lupa juga Sabah, Sarawak.

“Tumpuan diberikan kepada mereka tidak hanya pada MA63 (Perjanjian Malaysia 1963), dalam hal ini pertimbangan di kawasan telah maju dan kurang maju (perlu) diimbangi segera,” katanya.

Ahmad Zahid sementara itu berkata, Kerajaan Perpaduan mempunyai dua tahun setengah bagi memastikan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) benar-benar memberi kesan kepada rakyat.

“Kita punya tempoh dua tahun setengah untuk keberkesanan (pelaksanaan RMK12) ini dirasai kepada rakyat, bukan saja keberkesanan secara fizikal tapi juga spiritual, batin.

“Banyak bajet dikeluarkan selepas (negara) merdeka. Ramai dapat kebahagian fizikal, tapi kurang kebahagiaan spiritual,” katanya dipetik.

Related Articles

Back to top button