Semasa

Rafizi sindir Shahidan ‘tak payah jadi ahli JK khas’

Rafizi Ramli menyindir Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim yang mempersoalkan tindakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menolak usul tergempar Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) untuk membahaskan isu membabitkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Rakyat.

Rafizi melalui satu hantaran di akaun X yang dahulu dikenali sebagai Twitter mendakwa Shahidan akhirnya kantoi apabila Pengerusi Jawatankuasa (JK) Khas Reformasi sendiri menyatakan pihaknya akan memanggil Peguam Negara berhubung perkara yang sama.

“Ha,ha, ha. Arau (Shahidan) kantoi di Parlimen. Pom pang pom pang konon isu kes DNAA perlu dibawa ke Parlimen.

“YB William, Pengerusi JK Khas Reformasi umum Parlimen akan panggil Peguam Negara untuk beri penerangan, rakyat boleh tonton,” ciapnya.

Sementara itu Rafizi yang juga Menteri Ekonomi turut menyatakan bahawa Shahidan sendiri merupakan ahli Jawatankuasa Khas Reformasi.

Justeru tindakan Shahidan terus mempersoalkan tindakan tidak membahaskan keputusan Pejabat Peguam Negara atau Peguam Negara melalui Timbalan Pendakwa Raya membuat keputusan untuk menggugurkan pertuduhan di bawah Perkara 145 terhadap Ahmad Zahid sebagai sengaja mahu membuat isu politik dalam kes berkenaan.

“Malas baca WhatsApp takyah wakil PN (Perikatan Nasional) dalam JK Khas Reformasi Parlimen,” sindir Rafizi.

Related Articles

Back to top button