Politik

Tebrau umum putus kerjasama ADUN parti Muda

Ahli Parlimen Tebrau dari Pakatan Harapan (PH) pada Selasa memutuskan sebarang bentuk kerjasama politik dengan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Amira Aisya Abd Aziz dari Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) ditamatkan serta merta.

Ia susulan tindakan Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menarik sokongan parti tersebut terhadap Kerajaan Perpaduan.

“Cubit paha kanan, paha kiri pun terasa, maka saya selaku Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan turut membuat keputusan menamatkan sebarang bekerjasama dengan ADUN Puteri Wangsa di Tebrau dan dalam masa terdekat akan menyusun gerak kerja penyelarasan di DUN Puteri Wangsa.

“Hakikatnya Muda wujud atau tidak, ada atau tiada di Malaysia, di Johor dan di Tebrau tidak memberi apa-apa makna kerana tiada beri nilai tambah kepada PH sebaliknya banyak menyusahkan dengan mengeluarkan kenyataan demi kenyataan yang bertujuan menyerang kepimpinan Kerajaan Perpaduan,” kata Jimmy Puah Wee Tse dalam kenyataan pada Selasa.

Syed Saddiq yang juga Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Johor, sementara itu menggesa Muda cermin diri.

Tegasnya kerana tanpa bantuan jentera, penyokong dan pengundi PH, mereka tidak akan sesekali berpeluang memenangi kerusi Parlimen Muar dan DUN Puteri Wangsa.

“PRN di enam negeri membuktikan perkara ini apabila mereka hilang deposit di semua kerusi di mana mereka sanggup bertanding lawan PH di 19 kerusi.

“Tidak melampau untuk saya ibaratkan Muda seperti kacang lupakan kulit,” jelasnya.

Related Articles

Back to top button