Politik

‘Syed Saddiq jangan berlakon suci’ – R. Ramanan

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahmah diingatkan supaya tidak berlakon ‘suci’ dan lebih baik berbanding orang lain

Timbalan Ketua Penerangan I KEADILAN, Datuk R. Ramanan dipetik laporan Utusan berkata, Syed Saddiq seharusnya sedar bahawa dirinya sendiri sedang berhadapan pertuduhan di mahkamah.

Jelas R.Ramanan, Syed Saddiq akan kelihatan canggung sekiranya bercakap dan mengkritik kes mahkamah dihadapi pemimpin politik lain.

“Saya kecewa sebab tidak patut kita berlakon kita ini macam lebih suci dan lebih baik daripada orang.

“Anda (Syed Saddiq) sendiri ada kes mahkamah. Kes sendiri pun belum selesai jadi apa yang dia mahu merepek pasal ini semua? Buat macam ini (tarik sokongan) tidak baik.

“Pasal dakwan beliau kami ahli Parlimen kerajaan tidak berani suara, harus ingat kami tidak mahu bersikap biadab. Kami mahu ikut kod etika. Apapun, saya nasihat beliau jangan ikut sangat cakap Mahathir (Tun Dr. Mahathir Mohamad).

“Ada juga yang kata beliau tarik sokongan beri kesan kepada kerajaan dan hilangan sokongan dua pertiga majoriti. Sudah berapa lama kerajaan ini wujud? Kerajaan masih kekal, dan Perdana Menteri juga masih sama,” kata Ahli Parlimen Sungai Buloh itu.

R.Ramanan sebelumnya mengulas tindakan Syed Saddiq menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan hanya disebabkan tidak puas hati dengan keputusan mahkamah yang melepas dan tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan ke atasnya.

Sebagai rekod, Syed Saddiq berdepan empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA).

Mengikut pertuduhan pertama, Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali iaitu Penolong Bendahari Armada Bersatu yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta, melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq melupuskan wang terbabit.

Beliau juga berdepan dua pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Related Articles

Back to top button