Tarik lebih banyak pelaburan bukti Kerajaan Perpaduan guna pendekatan betul
Pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Sime Darby Oils International Ltd (Sime Darby Oils) dan GuangXi Beibu Gulf International Port Group (GuangXi Beibu) bakal menyaksikan pembelian minyak sawit dari China meningkat daripada 250,000 tan setahun kepada 500,000 tan setahun.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai mengulas perkara itu berkata, perkembangan itu akan dapat menjamin kepentingan peneroka dan pekebun kecil sawit di negara ini.
“Kali ini adalah perjanjian tetap daripada China dan ia merupakan kejayaan besar kepada rakan-rakan kita yang terlibat,” katanya.
Mou antara Sime Darby Oils dan GuangXi Beibu itu akan melibatkan pembinaan pusat perdagangan dan dan pengedaran minyak sawit ditapis dan lelemak di Qinzhou, China dengan anggaran eksport sebanyak RM2.5 bilion.
Sementara itu Profesor Madya Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM), Dr Abu Sofian Yaacob dipetik satu laporan media menyifatkan kejayaan Malaysia mendapatkan lagi memorandum persefahaman (MoU) dengan China membuktikan yang kerajaan menggunakan pendekatan betul mencari peluang pelaburan untuk manfaat kepada negara.