Semasa

Tuntut peruntukan, namun pembangkang sebenarnya tak pernah datang bincang

Ahli Parlimen pembangkang yang gemar menjadikan isu peruntukan untuk menyerang kerajaan sebenarnya tidak pernah menghantar surat memohon peruntukan, di sebalik pelawaaan kerajaan.

Perkara itu didedahkan Timbalan Perdana Menteri II Fadillah Yusof melalui satu laporan oleh portal dalam talian FMT.

“Dia orang tidak ada hantar surat permohonan sampai sekarang,” katanya dipetik laporan itu.

Sementara itu dipetik laporan lain Fadhillah berkata, kerajaan tidak meletakkan sebarang tempoh masa kepada ahli Parlimen pembangkang untuk mengemukakan permohonan bagi peruntukan di kawasan masing-masing.

Ia sebagai respon kepada pertanyaan sama ada meletakkan tempoh masa kepada pembangkang untuk mengemukakan permohonan.

Sebagai rekod, Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya telah ditugaskan untuk berunding dengan wakil pembangkang berhubung isu pengagihan peruntukan

Selain itu tiga Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) iaitu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Radzi Jidin dilantik untuk mengadakan rundingan mengenai jumlah peruntukan yang bakal diterima ahli Parlimen pembangkang.

Pada Selasa, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Ahli Parlimen pembangkang yang terus menuntut peruntukkan, namun enggan berbincang dengan kerajaan bagi merealisasikan perkara itu.

Beliau menegur dakwaan bahawa pembangkang tidak menerima sebarang peruntukan dengan menegaskan Parlimen Ketereh menerima 61 projek persekutuan bernilai RM2.12 juta manakala
Parlimen Sik pula contihnya menerima 73 projek bernilai RM3.7 juta.

Sebelum ini, kerajaan menegaskan ia secara dasar bersedia memberikan peruntukan kepada pembangkang namun hanya membabitkan perbelanjaan berkaitan hal pentadbiran.

Related Articles

Back to top button