Global

Hubungan baik Malaysia-Amerika akan diteruskan, kata PM Anwar

Biarpun Malaysia menikmati peningkatan pelaburan dan perdagangan dari China, namun Amerika Syarikat akan kekal menjadi pelabur utama ke negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucap tama “Regaining Malaysia’s Lead in Asia” di acara Invest Malaysia New York anjuran Bursa Malaysia di New York pada Khamis berkata, hubungan baik dengan Amerika Syarikat telah lama terjalin dan akan diteruskan.

Malah perkara itu jelasnya turut disentuh dalam satu pertemuan dengan Naib Presiden Amerika Syarikat, Camila Harris, di Jakarta baru-baru ini.

“China telah menjadi pemain utama dalam pelaburan tetapi seperti yang anda tahu biarpun terdapat peningkatan dari segi pelaburan dan perdagangan dengan China, Amerika Syarikat merupakan rakan tradisi.
“Jumlah pelaburan dari Amerika Syarikat ke Malaysia masih kekal nombor satu.

“Bukan hanya itu, kami memperolehi keuntungan dengan penglibatan syarikat-syarikat dari Amerika Syarikat yang melabur di Malaysia,” katanya.

Related Articles

Back to top button