Anwar

PM Anwar, Srettha bincang kukuh kerjasama kedua-dua negara Malaysia-Thailand

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan sulung dengan rakan sejawatnya dari Thailand, Srettha Thavisin di New York pada petang Khamis.

Pertemuan in turut disertai delegasi daripada kedua-dua negara yang hadir sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78.

“Pertemuan ini memberi peluang kepada kami untuk mengukuhkan kerjasama sedia ada sambil meneroka pelbagai bentuk kerjasama baharu bagi meningkatkan lagi hubungan dua hala Malaysia-Thailand” kata Anwar.

Kedua-dua pemimpin juga berpeluang membincangkan pelbagai isu lain melibatkan sempadan negara, proses perdamaian di Selatan Thai dan isu serantau yang mempunyai kepentingan bersama.

“Kami juga berpeluang membincangkan pelbagai isu lain melibatkan sempadan negara, proses perdamaian di Selatan Thai dan isu serantau yang mempunyai kepentingan bersama,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Related Articles

Back to top button