Semasa

Radzi Jidin didakwa buat dosa qazaf, digesa bertaubat

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Radzi Jidin dinasihat bertaubat setelah didakwa melakukan kesalahan jenayah qazaf.

Gesaan itu disuarakan bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali susulan beberapa kenyataan jelik dilontarkan Radzi kepada Perdana Menteri di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Melalui hantaran di Facebooknya, Mohd Khairuddin mengingatkan Radzi bahawa dosa qazaf juga termasuk dalam kategori jenayah hudud serta antara dosa besar dalam Islam.

“Ia menjadi satu kesalahan jenayah syariah dalam Akta dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah di negeri-negeri dalam Malaysia.

“Bagaimana perkara itu dibiarkan berlaku dalam Parlimen tanpa sebarang teguran sedangkan dalam Parlimen terdapat ustaz-ustaz yang mendalami pengajian Islam dan memperjuangkan pula pelaksanaan hudud dalam negara,” katanya.

Radzi mengeluarkan perkataan berkenaan ketika bertikam lidah dengan Anwar semasa Menteri Kewangan itu menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 di Dewan Rakyat pada Selasa.

Related Articles

Back to top button