Semasa

ABIM, PKIPM desak Jawi siasat pihak lakukan jenayah qazaf

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bagi menggesa siasatan dijalankan terhadap pihak yang melakukan qazaf.

Walaupun tidak menyebut secara khusus kes yang dirujuknya., difahamkan ia berkaitan tindakan anggota parlimen Putrajaya Radzi Jidin melontarkan perkataan “Tambun peliwat” dalam Dewan Rakyat baru-baru ini selain status Facebook bekas pegawai kanan seorang pemimpin Bersatu.

“Amaran keras terhadap perbuatan sedemikian telah ditegaskan dalam Islam yang mana hikmahnya untuk mendidik umat sentiasa saling membela maruah dan harga diri seseorang daripada sebarang fitnah ataupun jenayah qazaf mempunyai hukuman yang sangat berat terhadap kesaksian penuduhnya,” kata Naib Presiden Abim Zairudin Hashim.

beliau sementara itu berkata, berdasarkan Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-wilayah Persekutuan 1997, jika disabitkan kes itu boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun.

Zairudin mengingatkan bahawa hukuman qazaf disyariatkan kerana Islam menggesa penjagaan maruah daripada perkara-perkara yang mencemar dan memburukkannya

“Imam al-Nawawi dalam kitab Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab menyatakan bahawa pensyariatan Qazaf adalah bagi memelihara masyarakat Islam daripada terjebak ke lembah kehinaan akibat daripada tuduh-menuduh dalam soal kelucahan dan begitu mudah mengungkapkannya,” tambahnya.

Dalam pada itu, Abim juga menyeru rakyat Malaysia menolak sama sekali amalan “politik murahan yang keji dan jelik seperti ini” kerana ia tegas mereka hanya akan merosakkan moral masyarakat.

Related Articles

Back to top button