Global

PM baharu Thailand nyata hasrat kukuh hubungan dengan Malaysia

Malaysia dan Thailand bersetuju memperkukuh hubungan perdagangan, pelaburan dan kerjasama pelancongan antara kedua negara.

Persetujuan itu dicapai pada pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari Thailand, Srettha Thavisin di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 pada Khamis yang turut disertai menteri kabinet dari kedua negara.

Dalam satu kenyataan, jurucakap kerajaan Chai Watcharong berkata Thailand dan Malaysia bersetuju bahawa mesyuarat Suruhanjaya Bersama bagi Kerjasama Dua Hala seterusnya perlu diadakan tidak lama lagi demi menggalakkan kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara.

Bagi meningkatkan kerjasama, Thailand mencadangkan satu mesyuarat sektor perniagaan untuk membincangkan cara untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan.

“Perdana Menteri Srettha optimis mengenai masa depan hubungan antara Thailand dan Malaysia.

“Beliau komited untuk bekerjasama rapat dengan Malaysia bagi mengukuhkan hubungan berdasarkan kestabilan dan kemakmuran bersama,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan kedua-dua pihak berikrar untuk bekerjasama mempromosikan pelancongan antara sama sama lain,

Selain itu Srettha juga mengalu-alukan peranan Malaysia sebagai fasilitator bagi proses rundingan damai dalam menamatkan konflik berpuluh tahun di selatan Thailand.

Related Articles

Back to top button