Negeri

Aminudin ajak semua pihak gembleng usaha pastikan kelestarian alam sekitar

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun mengajak semua pihak di Negeri Sembilan untuk sama-sama mengembleng usaha bagi memastikan kelestarian alam sekitar.

Aminuddin ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pra-Pelancaran Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Negeri Sembilan di Stesen Janakuasa Tuanku Muhriz, di Port Dickson pada Sabtu berkata, pentadbirannya meletak kelestarian alam sekitar sebagai antara isu yang difokuskan demi kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan masyarakat.

“Kita berharap bahawa kesedaran itu berada pada tahap terus meningkat dan negara terus sepatutnya kekal sejahtera kita katakan bahawa kesejahteraan rakyat, kesejahteraan negara kemakmuran itu adalah sebahagian daripada alam sekitar kita sebenarnya. Jadi hari ini kita harus hargai alam sekitar kita tingkatkan lebih baik dan kita yakin pada masa akan datang kita lebih makmur dan sejahtera,” katanya.

Pra pelancaran yang diadakan semalam dilaksanakan bertujuan mempromosi Kemuncak Sambutan HASN peringkat negeri yang akan diadakan pada 4 November depan.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan, Hamzah Mohamad berkata, pada program berkenaan aktiviti pembersihan sampah serta pertandingan memancing turut dijalankan dengan penyertaan yang memberangsangkan serta dalam suasana yang meriah.

“Kita telah membuat perancangan yang rapi untuk Hari Alam Sekitar nanti ini lebih daripada 1,000 pengunjung dan kita menfokuskan masyarakat setempat dan penglibatan kerjasama agensi-agensi negeri Persekutuan dan swasta,” jelasnya.

Related Articles

Back to top button