AnwarSemasa

Kerajaan teliti jalan selesaikan krisis penghijrahan cendikiawan – PM Anwar

Malaysia mempunyai potensi yang amat besar untuk bangkit kembali sebagai sebuah ekonomi yang dinamik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu hantaran di Facebooknya berkata, perkara itu dikongsikan semasa beliau mengadakan sesi dialog dan makan malam bersama rakyat dan pelajar Malaysia di New York sempena menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78.

Mengulas lanjut mengenai pandangan itu, Anwar menjelaskan ekonomi Malaysia mampu bangkit semula susulan negara mempunyai sumber yang diperlukan dan tenaga kerja berkelayakan, selain mempunyai dasar seperti Ekonomi MADANI, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) untuk mendukung matlamat ini.

Pada majlis itu juga, Anwar berkata beliau turut menyatakan bahawa Kerajaan Perpaduan sedang meneliti kaedah untuk menarik rakyat Malaysia yang mahir untuk kembali menyumbang kepada negara.

“Ini sebagai usaha menangani krisis penghijrahan cendekiawan atau ‘brain drain’ yang sedang dihadapi negara ketika ini,” tambahnya.

Melalui hantaran sama, Anwar turut berkata, beliau dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail amat berbesar hati dapat bertemu dan berdiskusi bersama rakyat dan pelajar Malaysia dalam majlis yang cukup santai.

Related Articles

Back to top button