Semasa

PM Anwar pimpin lafaz Syahadah saudara baharu di New York

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat menyempurnakan proses lafaz syahadah seorang lelaki yang dikenali sebagai Andrew Vinals untuk memeluk Islam.

Perdana Menteri berkata, beliau diminta oleh komuniti Islam di sana untuk menyempurnakan proses berkenaan selepas selepas solat Jumaat di Pusat Kebudayaan Islam New York (ICCNY), New York, Amerika Syarikat

“Usai solat Jumaat, saya diminta komuniti Islam di sini untuk menyempurnakan proses lafaz syahadah saudara Andrew Vinals yang berhasrat memeluk agama Islam,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, Anwar berada di New York untuk menyertai Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 menyampaikan khutbah Jumaat di pusat itu yang merupakan masjid pertama dibuka di bandar raya New York.

Ia sekaligus menjadikan beliau pemimpin asing pertama yang diberi penghormatan berbuat demikian.

Di dalam khutbahnya, Anwar berkongsi pengalaman Malaysia dalam menguruskan masyarakat berbilang kaum dan agama selain berkongsikan konsep Madani yang diperkenal negara

Beliau sementara itu turut mengajak umat Islam mengukuhkan perpaduan sesama mereka, serta memperoleh maklumat dan pengetahuan.

Related Articles

Back to top button