Semasa

Tiada apa boleh disiasat dari laporan terhadap jurugambar PM – Polis

Pihak berkuasa polis memutuskan untuk tidak menyiasat laporan yang dibuat terhadap jurugambar Perdana Menteri Anwar Ibrahim oleh seorang pembantu Ahli Parlimen Tanah Merah Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Merujuk laporan susulan isu yang bangkit dari gambar diambil adiq Asyraf, yang didakwa menunjukkan Ikmal Hisham menghisap vape di dalam Dewan Rakyat, Ketua Polis Kuala Lumpur Allaudeen Abdul Majid berkata siasatan tidak dijalankan kerana tiada unsur jenayah ditemukan dalam laporan tersebut.

“Daripada klasifikasi kami, kami telah memutuskan tiada siasatan kerana tiada unsur jenayah terlibat,” kata Allaudeen seperti dipetik The Star hari ini.

Pembantu Ikmal Hisham memfailkan laporan polis terhadap gambar yang diambil oleh Sadiq yang dimuat naik di akaun X (dahulunya Twitter) dengan keterangan: “Betul-betul koyak terus tarik vape sambil keluar dewan”.

Foto itu disiarkan pada 21 Sept, diambil dua hari sebelum itu apabila Ahli Parlimen PN keluar dari Dewan Rakyat semasa ucapan penggulungan Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengenai perbahasan Kajian Separa Penggal Rancangan Malaysia Ke-12.

Ikmal Hisham menakwa bahawa objek yang dilihat dalam imej itu adalah pen yang dia angkat seketika ke bibirnya.

Related Articles

Back to top button