Sukan

Nur Shazrin sumbang pingat emas pertama Sukan Asia Hangzhou 2022 buat negara

Malaysia berjaya meraih emas pertama kontinjen negara pada hari keempat temasya menerusi pelayar Nur Shazrin Mohamad Latif dalam acara perseorangan wanita bagi kategori Handed Dinghy ILCA 6.

Kejayaan itu juga menyaksikan Shazrin turut layak beraksi ke Sukan Olimpik Paris 2024 secara merit.

Shazrin dinobatkan sebagai pemenang selepas perlumbaan terakhir ILCA 6 terpaksa dibatalkan kerana ketiadaan angin.

Pelayar Hong Kong Stephanie Norton (37 mata) meraih perak, manakala gangsa menjadi milik Victoria Jing Hua Chan (38 mata) dari Singapura.

Ia adalah emas pertama Shazrin, selepas meraih gangsa pada edisi Jakarta-Palembang 2018 lima tahu lalu.

Pada masa yang sama, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengucapkan tahniah kepada atlet pelayaran kebangsaan, Nur Shazrin Mohamad Latif yang menempah slot secara merit ke Sukan Olimpik Paris 2024.

“Emas pertama Malaysia daripada Nur Shazrin Mohamad Latif, sukan pelayaran ILCA 6. Tahniah dan terima kasih Shazrin!

“Secara merit layak ke Sukan Olimpik Paris 2024,” katanya, hari ini.

Related Articles

Back to top button