Semasa

Setiausaha menteri mahu saman individu tuduh main golf di Pebble Beach

Setiausaha akhbar kepada Menteri Dalam Negeri, Muhammad Zakwan Mustafa Kamal membidas pihak yang melempar fitnah terhadapnya.

Merujuk tuduhan kononnya beliau bermain golf semasa berlangsungnya Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di Amerika Syarikat (AS) yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama menteri kabinet termasuk Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail baru-baru ini, Muhammad Zakwa manafikan turut serta dalam rombongan itu.

Justeru beliau berkata akan memfailkan saman terhadap pihak yang memfitnahnya.

“Saya ada dekat Negeri Sembilan tengah makan kenduri. Tak sangka ada orang tularkan saya tengah main golf di Pebble Beach, AS.

“Lepas makan kenduri ni nak pergi balai polis dan cari peguam. Untung sabut menang saman insya-Allah,” kata Bendahari KEADILAN Cabang Tasek Gelugor itu dalam satu hantaran di Facebook baru-baru ini.

Terdahulu seorang pemilik akaun Faceboo mendakwa Muhammad Zakwan sedang bermain golf di Pebble Beach yang merupakan kawasan kejohanan golf ikonik dunia ketika mengikut rombongan delegasi Malaysia ke UNGA.

Individu terbabit turut memuat naik lima keping gambar kononnya memaparkan Muhammad Zakwan sedang bermain golf dan tangkap layar maklumat jawatannya dan info tempat peranginan Pebble Beach.

Fitnah itu turut dipanjangkan Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor yang mengulangi dakwaan itu tanpa usul periksa.

Dalam satu rakaman ceramah Perdana Perikatan Nasional (PN) DUN Pelangai yang disiar di laman Facebook Sanusi berkata”Pergi New York ramai-ramai, bawa habis setiausaha. Keluar gambar main golf di New York.

“Salah satu ciri-ciri Malaysia Madani, pergi mesyuarat PBB bawa kayu golf,” kata Ketua Pengarah Pilihan Raya PN itu dihadapan penyokongnya.

Related Articles

Back to top button