Semasa

Fitnah PM Anwar di media sosial, AMK Kelantan mahu Mohamad Ezzat disiasat

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan membuat laporan polis bagi mengesa siasatan dibuat terhadap seorang pemilik akaun Facebook.

Ketuanya, Mohamad Ezzat Zahrim Mohd Hanuzi ditemui selepas membuat laporan di bu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di Pengkalan Chepa di Kota Baharu pada Rabu berkata, individu dengan nama Riduan Fadzli Lubis itu didakwa membuat hantaran yang bertujuan membuat hinaan dan fitnah jelik terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hantaran jelik itu jelasnya dibuat pada ruangan komen di bawah hantaran yang mengandungi pautan video Anwar menyampaikan khutbah di Pusat Kebudayaan Islam New York (ICCNY), Amerika Syarikat di laman Facebook Astro Awani.

“Pertama kali saya melihat pautan video berserta komen tersebut adalah pada dua hari lepas. Kemudian saya melihatnya kembali secara lebih jelas pada hari ini dan terus membuat laporan polis,” katanya kepada pemberita.

Mohamad Ezzat Zahrim memberitahu, komen tersebut secara jelas boleh menimbulkan suasana tidak harmoni, perpecahan dan menggugat kestabilan dalam negara ini selain mampu mendatangkan penghinaan serta kebencian bagi membangkit rasa tidak setia kepada kerajaan.

“Kenyataan-kenyataan tidak bertanggungjawab seperti itu boleh mendatangkan kesan kepada generasi akan datang dan menampakkan seolah-olah negara kita tiada undang-undang,” tambahnya.

Beliau sementara itu mengingatkan umum kepada kenyataan perdana menteri bahawa beliau sedia dikritik, namun bukan dengan menghina atau memfitnah sewenangnya.

Related Articles

Back to top button