Uncategorized

Hijrah S’gor pelawa usahawan mahu beralih ke perniagaan digital mohon pembiayaan

Kerajaan Negeri Selangor melalui Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) mempelawa usahawan di negeri itu yang berhasrat mengubah perniagaan secara digital agar membuat permohonan pembiayaan dari agensi itu.

Melalui satu hantaran di laman Facebook, Hijrah memaklumkan tawaran pembiayaan dibawah Skim Go Digital sehingga RM50,000 yang boleh dimohon menerusi mikrokredit.selangor.gov.my.

Usahawan berminat juga turut boleh menghubungi pegawai di cawangan Hijrah bagi mendapatkan lebih maklumat berhubung skim ditawarkan itu.

“Skim Go Digital diwujudkan untuk membantu usahawan mentransformasikan kaedah perniagaan ke arah pendigitalan melalui platform terkini dan moden.

“Pemasaran secara digital membantu meningkatkan keupayaan pasaran produk dan servis yang akhirnya mampu memaksimumkan keuntungan hasil jualan secara dalam talian. Layari www.hijrahselangor.com untuk maklumat lanjut,” katanya.

Selain Go Digital, Hijrah turut menawarkan skim i-Bisnes, Zero to Hero, Niaga Darul Ehsan (NaDI), i-Agro, i-Lestari, dan i-Bermusim.

Hijrah merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk melebarkan golongan kelas menengah di negeri Selangor melalui pendekatan pelaksanaan sistem penyaluran modal tambahan yang efisien kepada peniaga-peniaga kecil.

Related Articles

Back to top button