Pilihanraya

PRK Pelangai : Jangan perdaya pengundi dengan buat fitnah – Wan Rosdy

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menggesa semua pihak yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Pelangai berkempen dengan bersih tanpa menyebarkan fitnah dan berita tidak sahih.

Ditemui selepas bertemu penduduk di Dataran Dayabudi, kuarters kilang Felda Kemasul dekat Bentong semalan, Wan Rosdy turut meminta agar pengundi agar tidak terpengarah dengan mesej kempen berunsur negatif.

Tambahnya, rekod prestasi calon bertanding perlu dijadikan asas buat pengundi memilih calon yang bakal mewakili mereka nanti.

“Orang macam ini kita tidak payah dengar cakap dia, macam tuduhan 30 peratus, itu satu reka cerita, satu tuduhan supaya rakyat percaya dengan tuduhan beliau untuk mewujudkan perasan tidak puas hati sesama kita,” katanya.

Wan Rosdy berkata demikian sebagai mengulas dakwaan calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai, Haslihelmy DM Zulhasli berhubung kuota lantikan dalam kerajaan negeri.

Mengulas dakwaan itu, beliau menyifatkan ia hanya mainan jahat bagi menimbulkan persepsi bagi memperbodohkan pengundi.

“Stakat ini belum ada lantikan baru dalam semua agensi berkaitan kerajaan termasuk Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“30 peratus siapa yang cakap? Setakat ini kedudukan JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung), kita belum buat pelantikan baru. Jadi macam mana boleh kata tuduhan 30 peratus untuk DAP dan sebagainya?

“Ini tuduhan liar. Mereka menimbulkan persepsi, fitnah dan rakyat yang tak berfikir dua kali terpedaya dengan mereka,” katanya.

Related Articles

Back to top button