Mahkamah

Kertas siasatan isu kecurian REE dikaitkan dengan Sanusi diserah kepada DPP – Azam Baki

Siasatan berhubung isu kecurian unsur nadir bumi (REE) Hutan Simpang Bukit Enggang, Sik, Kedah yang dikaitkan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor sudah dilengkapkan.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki dipetik laporan media berkata, kertas siasatan dikemukakan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan selanjutnya.

Bagaimanapun jelas Azam, keputusan sama ada pertuduhan akan dikenakan berhubung kes itu dijangka akan ditentukan pihak DPP dalam tempoh terdekat .

“Siasatan berkenaan kes REE sudah diserahkan kepada DPP untuk kajian.

“Keputusan menuduh atau tidak, kemungkinan pihak mereka akan buat keputusan dalam tempoh terdekat,” katanya .

Azam ditemui pada Program Menembak SPRM Bersama Media sempena Ulang Tahun SPRM ke-56, di Kajang pada Sabtu.

Pada Julai lalu, SPRM dilapor menyiasat skandal kecurian REE didakwa dijalankan secara haram sehingga mengakibatkan kerugian kepada kerajaan.

Susulan itu, beberapa kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 17 (A) dan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dan mereka juga akan meneliti Seksyen 7 Akta Pencegahan Rasuah 1988.

Related Articles

Back to top button