Anwar
SPRM mesti bebas daripada pengaruh eksekutif – PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kekal dengan pendirian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti bebas daripada sebarang pengaruh eksekutif.
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau berkata SPRM juga mestilah tegak dengan prinsip yang bukan hanya menolak tetapi perlu memperteguh usaha mencegah gejala rasuah.
“Negara atau tatanan yang dicita tidak akan terbangun tanpa usaha menolak dan membenam keras budaya rasuah di semua peringkat masyarakat.
“Saya yakin akan kemampuan SPRM memaknai cita-cita luhur ini demi rakyat dan negara,” katanya.
Perdana Menteri turut merakamkan ucapan tahniah kepada SPRM sempena sambutan ulang tahun yang ke-56, hari ini.