Nasional

Kerajaan akan umumkan formula noktahkan miskin tegar – Ahmad Maslan

Kerajaan akan mengumumkan formula menoktahkan kemiskinan tegar yang disasarkan pada penghujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau menyedari kerajaan tidak mempunyai banyak masa lagi namun kekal optimis formula ampuh yang sudah ada sekarang mampu menoktahkan kemiskinan tegar dalam negara ini.

“Kita tunggu apakah skim sehingga hujung tahun ini yang akan diumumkan oleh kerajaan untuk menghapuskan miskin tegar.

“Saya tahu (kerajaan tak ada masa lama lagi)… tetapi kita ada formulanya cuma kita tidak umum lagi formula.

“Kita akan maklum dari semasa ke semasa. Ada kaedahnya (untuk hapuskan miskin tegar). Tetapi bukan nak bagi tanah jadi peneroka FELDA. Tidak,” katanya ketika pada ceramah di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) di Kampung Hayat Simpang Pelangai, semalam.

Ketika ini, beliau berkata terdapat sekitar 130,000 keluarga dikategorikan sebagai miskin tegar tetapi Kementerian Kewangan (MOF) tidak memiliki kemaskini berkenaan berapa jumlah keluarga yang berjaya keluar dari kancah itu, kerana datanya disimpan Kementerian Ekonomi.

Related Articles

Back to top button