Semasa

Keluarga jururawat maut ditikam di Arau bakal dibantu dengan khidmat kaunseling

Ahli Keluarga terutama dua anak kepada jururawat yang maut ditikam di Arau Perlis pada Sabtu lalu bajal diberi khidmat kaunseling.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu berkata, khidmat kaunseling dari pakar kounselor jabatan itu diberikan bagi mengurangkan kesan trauma dihadapi mereka susulan tragedi itu.

“Kita akan ziarah keluarga untuk melihat bagaimana di peringkat JKM boleh memberikan bantuan termasuk khidmat kaunselor untuk anak-anak ini yang dirasai sangat terkesan dengan insiden itu.

“Kita rasa bantuan kaunselor adalah penting selain melihat bantuan wang ringgit untuk kehidupan mereka akan datang. Kita ada pakar untuk lihat kesan psikologi mereka sebelum membantu kanak-kanak ini dan ahli keluarga terlibat,” katanya selepas merasmikan program Jerayawara Kasih KPWKM@Advokasi Antigangguan Seksual Negeri Kedah di sebuah hotel di Alor Setar pada Isnin.

Media sebelum ini melaporkan seorang jururawat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) maut ditikam suaminya dipercayai akibat cemburu dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan padang Nyu di Perlis.

Menurut Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Md. Rodi, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 6 pagi sewaktu mangsa ingin keluar bekerja sebelum berlaku pertengkaran dengan suaminya yang berusia 38 tahun

Sementara itu sebagai mengulas insiden itu, Amian Athira turut menasihatkan agar pasangan suami isteri yang berhadapan dengan masalah kekeluargaan untuk tampil mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak terlibat.

Related Articles

Back to top button