Nasional

Kementerian Perladangan dan Komiditi kemuka cadangan peruntukan kewangan sokong aktiviti penanaman semula – Fadillah Yusof

Kementerian Perladangan dan Komoditi telah mengemukakan cadangan peruntukan bantuan kewangan untuk menyokong aktiviti penanaman semula terutamanya yang diusahakan oleh pekebun kecil dalam industri sawit, kata menterinya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Fadillah, yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri berkata cadangan itu kini sedang menunggu kelulusan daripada Kementerian Kewangan.

“Kita perlu menunggu pengumuman belanjawan. Apa yang telah kita lakukan adalah mencadangkan pembiayaan tertentu bagi usaha penanaman semula, terutamanya bagi pekebun kecil dalam industri minyak sawit.

“Pada masa yang sama, kita memperkatakan tentang inisiatif (malah) kepada pemain besar untuk penanaman semula dan sebagainya, kerana kos menjalankan perniagaan dalam sektor komoditi tani semakin meningkat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan Minyak Sawit Kebangsaan (NPOC23) Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) di Kuala Lumpur, semalam.

Fadillah berkata, kementeriannya sedang mengambil langkah untuk membantu pemain industri bagi memastikan mereka mencapai bukan sahaja kemampanan tetapi juga daya saing dalam pasaran global.

“Memandangkan persaingan global dalam sektor pertanian semakin sengit, kementerian mahu memastikan Malaysia terus kekal mampan dan berdaya saing dalam pasaran,” katanya.

Related Articles

Back to top button