Malaysia berada dalam kedudukan strategik untuk capai pertumbuhan ekonomi luar biasa
Seorang pakar ekonomi menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang bijak bermain dengan kuasa besar untuk meraih pertumbuhan ekonomi yang sihat.
Profesor Dasar Ekonomi, Pusat Pengajian Ekonomi dan Kerajaan Blavatnik Universiti Oxford, Profesor Stefan Dercon dipetik bual bicara dalam program Agenda Awani merujuk hubungan Malaysia dengan negara-negara barat dan China berkata, peluang itu tidak semestinya turut dinikmati oleh negara yang berada di luar rangkaian nilai seperti negara-negara Afrika.
“Ketegangan yang tercetus kebiasaannya merencatkan pertumbuhan sama ada di China atau di Barat. Pun begitu, ia tetap menjadi pilihan kepada sesebuah negara untuk mencari peluang dalam cabaran yang dihadapi atau melepaskan sebarang peluang yang ada.
“Dalam kekangan ini, saya rasakan negara seperti Malaysia ada banyak peluang. Bahkan, sebenarnya (Malaysia) bermain dengan kuasa-kuasa besar dengan pendekatan yang sangat bijak.
“Saya juga akui permainan yang sama turut dilakukan oleh negara-negara lain di Asia Tenggara. Situasi ini tidak semestinya wujud bagi negara-negara di Afrika yang berada jauh daripada rantaian nilai dan pasaran global,” katanya dipetik.
TambahDecron, dalam konteks semasa adalah sukar untuk mana-mana negara mencapai pertumbuhan ekonomi luar biasa yang dicapai oleh Korea Selatan dan China dalam tempoh 30 tahun yang lalu.
Namun, berbeza dengan Malaysua yang berada dalam kedudukan strategik antara negara-negara kuasa besar memberi peluang.
Decron melalui penulisannya Gambling on Development menyentuh mengenai keupayaan sesebuah negara memilih untuk tidak mengejar pertumbuhan ekonomi. Namun, dalam konteks Asia Tenggara, beliau berpandangan pemain di rantau ini perlu meneruskan strategi diplomatik yang sudah diamalkan.