Semasa

Kerajaan jamin yuran pengajian di IPTA tak naik

Kerajaan memberi jaminan akan memastikan tiada kenaikan kos yuran pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika diminta mengulas laporan muka depan sebuah akhbar tempatan mengenai situasi lebih 500,000 mahasiswa yang berhadapan kenai­kan kos sara hidup pada sesi baharu penga­jian menegaskan, kementeriannya tidak akan menjadi penyumbang kepada kenaikan kos sara hidup mahasiswa.

“Saya suka nyatakan bahawa KPT tidak menyumbang kepada kenaikan kos dan kita akan pastikan yuran kita berada pada tahap yang sama,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Sambutan Hari Akademia dan Bulan Akademia Peringkat Kebangsaan 2023 di sini hari ini.

Utusan Malaysia baru-baru ini melaporkan mengenai situasi kenai­kan kos sara hidup antara RM200 ke RM300 sebu­lan yang perlu dihadapi mahasiswa,

Laporan itu mendakwa, ada mahasiswa hanya berbaki pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) RM300 selepas ditolak kos yuran pengajian, rumah sewa, buku dan peralatan pembelajaran.

Sebagai rekod, kerajaan baru-baru ini menegaskan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menarik balik subsidi yuran yang dinikmati pelajar tempatan di IPTA seluruh negara selaras komitmen kerajaan untuk memastikan semua rakyat tidak tercicir dalam mendapatkan akses pendidikan tinggi.

Related Articles

Back to top button