Semasa

MOF bakal bantu kurang kos beras di pendalaman Malaysia Timur – Anwar

Keputusan kerajaan memberi subsidi beras import di Sabah dan Sarawak bertujuan memastikan harga beras itu di kedua-dua negeri terbabit berada pada kadar RM31 dan tidak membebankan pengguna.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira bekalan beras tempatan di Sabah hanya 20 peratus maka rakyat terpaksa bergantung kepada beras import.

“Dua hari lalu, kita dengar keluhan rakyat tentang peningkatan harga beras dan sepertimana kita maklum beras tempatan tidak tersebar luas dan maksimum hanya 20 peratus di Sabah dan mereka terpaksa bergantung kepada beras import.

“Saya dimaklumkan ada tempat harga beras import RM45, RM41 dan RM39 jadi, bagaimana kurangkan beban sebab bekalan beras ini keperluan harian.

“Tidak mungkin kita minta rakyat yang miskin dibebankan dengan harga beras yang mahal. Pada Isnin lalu, kita umumkan untuk mengurangkan bebanan rakan-rakan di Sabah dan Sarawak, kita turunkan harga (beras) import,” kata Anwar pada Konvensyen Perdana Hal Ehwal Islam sempena Ijtimak Perdana Agensi-Agensi Agama seluruh Malaysia di Kota Kinabalu malam tadi.

Sementara itu menurut Anwar, beliau menyedari mungkin berlaku sedikit peningkatan kos makanan ruji itu di kawasan pendalaman kerana kos pengangkutan tapi, perkara ia jelasnya akan dibincangkan bersama Ketua Menteri.

“Kos pengangkutan akan ditanggung oleh Kementerian Kewangan bagi mengurangkan peningkatan kos di pedalaman,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button