Semasa

Pesawah akan kekal dapat RM1,700 bagi setiap tan padi – Menteri KPKM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu menjawab keluhan golongan pesawah susulan tindakan pengilang yang menurunkan harga belian padi daripada RM1,700 per tan kepada harga lantai RM1,200.

Jelas Mohammad, pesawah sebenarnya akan masih mendapat RM1,700 satu tan bagi harga jualan padi mereka memandangkan kerajaan kekal memberikan subsidi RM500 bagi setiap tan padi

Jelasnya, sejak 2014, kerajaan meletakkan harga lantai belian padi oleh pengilang iaitu pada kadar RM1,200 per tan, namun pemberian insentif Skim Subsidi Harga Padi sebanyak RM500 per tan kepada pesawah tetap diteruskan

“Ini bermakna pihak kerajaan hanya meletakkan harga minimum belian padi manakala pihak pengilang bebas untuk meletakkan harga belian mereka sendiri tetapi mestilah tidak kurang daripada harga lantai yang telah ditetapkan.

“Kerajaan masih memberi insentif Skim Subsidi Harga Padi sebanyak RM500 satu tan kepada pesawah dan menjadikan setiap pesawah akan mendapat RM1,700 satu tan walaupun pengilang meletakkan harga padi pada kadar harga lantai,” katanya dipetik Bernama pada Rabu.

Related Articles

Back to top button