Global

Isu Jerebu : Nik Nazmi harap Indonesia respon segera

Malaysia masih belum menerima sebarang maklum balas dari negara jiran Indonesia berhubung penyelesaian segera Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (AATHP).

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Malaysia berharap Indonesia dapat memberi maklum balas segera berhubung isu tersebut.

“Kita dah hantar surat tersebut secara langsung, juga kita hantar kepada kedutaan…dan kita akan menunggu respons daripada mereka,” katanya pada sidang media sempena Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia 2023 (IGEM 2023) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Nik Nazmi pada Rabu dilapor berkata surat berkenaan telah dihantar kepada rakan sejawatnya di Indonesia susulan arahan Perdana Menteri supaya penyelarasan dibuat dengan rakan sejawat dalam ASEAN bagi menyelesaikan masalah jerebu merentas sempadan.

Dalam satu laporan lain, beliau menegaskan e data yang diperolehi dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menunjukkan wujud aktiviti pembakaran di negara tersebut walaupun republik itu menafikan.

Mengikut bacaan terkini daripada Pusat Meteorologi Khas Asean (ASMC) yang berpusat di Singapura, terdapat sembilan titik panas dikesan di Sarawak manakala di Indonesia iaitu Sumatera (16 titik panas) dan Kalimantan (193 titik panas).

Nik Nazmi sebelum ini turut menegaskan, kerajaan bakal menguna pakai platform kerajaan kepada kerajaan (G2G), diplomasi dan ASEAN dalam mencari penyelesaian ke

Related Articles

Back to top button