Parlimen

Johari akan pastikan laporan LCS dibincangkan di Parlimen

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul memberi jaminan akan memastikan laporan berhubung projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dibahas di Parlimen.

Melalui satu muatnaik di laman sosial X (Twitter) Johari berkata, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) telah memberi komitmen untuk memantau perkembangan projek pembinaan LCS itu dan menyediakan laporan untuk dibentang di Parlimen.

Sementara itu beliau turut memaklumkan telah mengadakan lawatan kerja ke Limbungan Boustead Naval Shipyard, Markas TLDM di Lumut, Perak pada Khamis.

“Saya diberi taklimat perkembangan pembinaan Kapal Tempur Pesisir oleh Pengarah Pasukan Projek LCS TLDM Franklin Jeyasekhar Joseph dan Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd Azhar Jumaat,” menurutnya dalam hantaran di media sosial X (Twitter).

Turut bersama Johari dalam lawatan itu adalah Pengerusi PAC Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Naib Pengerusi PAC Wong Shu Qi dan ahli lain jawatankuasa itu.

Mas Ermieyati pada 21 Sept lalu berkata laporan Kemajuan Projek Pembinaan Kapal Peronda Generasi Kedua-LCS adalah antara empat laporan yang akan dibentang pada Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat yang dijadual bersidang bermula 9 Okt ini.

Laporan itu adalah bagi tempoh Oktober 2022 hingga Mei 2023.

Related Articles

Back to top button