Anwar

Perubahan arah dasar negara diyakini bakal perkukuh asas industri dan perniagaan – PM Anwar

Pelan Halatuju Peralihan Tenaga Baharu (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP2030) diyakini bakal mengukuhkan asas industri dan perniagaan di Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan arah dasar dibawah pemerintahnnya itu penting dalam usaha menarik minat dan meningkatkan keyakinan pelabur termasuk dari Emiriah Arab Bersatu (UAE).

“Mungkin sesetengah daripada anda tahu, ekonomi Malaysia berkembang pesat pada tahun 90-an dan kami kini berada dalam kedudukan untuk melonjakkan semula prestasi tersebut.

“Jadi, Dalam tempoh 10 bulan pemerintahan, kami telah cuba untuk melibatkan diri, mengubah arah dasar kami dan kami telah melancarkan beberapa pengumuman dasar penting seperti transisi tenaga yang menjadikan Malaysia salah satu negara yang terawal di rantau Asia Tenggara dalam penggunaan tenaga boleh diperbaharui,” katanya kepada kapten-kapten industri UAE di Abu Dhabi.

Persidangan meja bulat itu dihadiri 40 wakil dari 21 syarikat UAE bertaraf antarabangsa termasuk ADNOC, TAQA, MASDAR, Al-Dahra, Lulu, DP World dan juga pihak dari dana nasional seperti ADIA dan Mubadala.

Ada diantara mereka berhasrat untuk menambah pelaburan sedia ada.

Hadir sama, Majlis Pelabur Antarabangsa UAE serta Dewan-Dewan Perniagaan Abu Dhabi dan Dubai.

Sehubungan itu, Anwar telah berkongsi kejayaan Malaysia berjaya menarik pelbagai pelaburan baharu dari syarikat-syarikat terkemuka global seperti Tesla, Infineon, juga Geely.

“Malaysia telah lama menjalin hubungan akrab dengan UAE, terutama dengan Abu Dhabi.

“Saya menekankan pentingnya perkongsian strategik bukan sahaja di dalam satu atau dua sektor, tetapi di dalam pelbagai sektor,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, Industri halal dan kewangan Islam Malaysia yang menekankan soal keadilan sosial melalui pelasanaannya antara sektor yang berpotensi untuk dijalinkan kerjasama diantara kedua-dua.

Terdahulu beliau telah diterima menghadap Presiden UAE, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan di Istana Qasr Al Shati, Abu Dhabi.

Related Articles

Back to top button