Pilihanraya

PRN Pelangai : 30 saluran dibuka untuk pilih wakil rakyat baharu

16,456 pengundi di DUN Pelangai bakal menunaikan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat baharu melalui Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan diadakan hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan sebanyak sembilan pusat mengundi biasa akan dibuka bermula jam 8 pagi hingga 6 petang dengan 30 saluran dibuka dengan penjumlahan kemudian akan berlangsung di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi iaitu di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul.

Daripada 16,456 pengundi yang layak, seramai 36 adalah anggota polis manakala tiga lagi merupakan Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

PRK ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amizar Abu Adam, calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasni.

PRK DUN Pelangai diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun, 53, dalam nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas.

Dalam pada itu, semakan di laman web rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca cerah di daerah Bentong pada sebelah pagi dan malam manakala ribut petir di satu dua tempat pada waktu petang.

Related Articles

Back to top button