Umum

Sekolah boleh ditutup jika bacaan IPU jerebu lebih 200

Sekolah boleh ditutup tanpa menunggu kelulusan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sekiranya keadaan jerebu semakin teruk dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, pihak sekolah perlu sentiasa memantau kualiti udara dan bacaan IPU melalui laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“Menurut garis panduan Kementerian Pendidikan (KPM) dalam usaha menangani situasi jerebu, jika bacaan IPU melebihi 100, tiada sebarang aktiviti luar boleh dilaksanakan di sekolah.

“Jika ia melebihi 200, sekolah akan ditutup dan pembelajaran perlu dilakukan secara dalam talian.

“Pihak sekolah tidak perlu menunggu kelulusan, namun perlu memaklumkan kepada PPD,” katanya.

Katanya, pemakaian pelitup muka juga digalakkan di sekolah dan pelajar perlu minum air dengan cukup.

Hui Yong turut menasihati ibu bapa agar sentiasa meneliti keadaan kesihatan anak-anak serta mengurangkan aktiviti di luar rumah memandangkan kualiti udara yang kurang baik.

Related Articles

Back to top button