Pilihanraya

Amizar menang bergaya, pertahan DUN Pelangai

Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang diadakan pada Sabtu.

Calon BN, Datuk Amizar Abu Adam memperoleh 7,324 undi, sekali gus menewaskan Perikatan Nasional (PN) yang diwakili Kasim Samat yang hanya mendapat 4,375 undi dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli hanya 43 undi.

Pengisytiharan keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK DUN Pelangai, Datuk Mohammad Shahid Ismail di Pusat Pengiraan Undi SPR di Dewan Orang Ramai FELDA Kemasul malam tadi.

SPR merekodkan sebanyak 72.12 peratus daripada 16,456 pengundi menunaikan tanggungjawab pada PRK kali ini.

PRK kerusi berkenaan diadakan selepas penyandang kawasan itu diisytihar kosong susulan kematian Johari yang terbabit nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, Selangor Ogos lalu.

Sementara itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung parti itu Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, dalam hantaran di Facebook masing-masing menazhirkan ucapan penghargaan kepada pengundi yang menunaikan tanggungjawab mereka pada PRK itu.

Related Articles

Back to top button