Semasa

Amizar mahu segera tunai nazar taja lima jemaah kerjakan Umrah

Datuk Amizar Abu Adam yang memenangi Pilihan Raya Kecil DUN Pelangai Sabtu lepas ingin segera menunaikan nazar dibuatnya.

Beliau yang sebelum ini berhasrat menaja pakej umrah kepada lima jemaah jika diberi kepercayaan untuk mewakili penduduk dalam DUN itu berkata, mereka yang dipilih berdasarkan golongan yang kurang berkemampuan dan asnaf.

”InsyaAllah kalau tiada aral nazar tersebut akan dilunaskan bergantung kepada kesiapsiagaan jemaah berdasarkan penilaian imam di lima buah masjid di Pelangai,” katanya dipetik.

Amizar yang dipertaruhkan Barisan Nasional (BN) bagi mewakili Kerajaan Perpaduan mengekalkan kerusi itu apabila mendapat 7,324 undi menewaskan dua pencabarnya.

Calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat mendapat 4,375 undi dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli pula sekadar memperoleh 47 undi.

PRK Pelangai diadakan berkutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun dalam nahas pesawat ringan di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor pada Ogos lalu.

Related Articles

Back to top button