Pilihanraya

KEADILAN Sarawak tidak bertanding PRK DUN Jepak demi kestabilan politik

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) negeri Sarawak membuat keputusan untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Jepak.

Perkara itu dimaklumkan kepimpinan KEADILAN negeri itu dalam satu kenyataan susulan mesyuarat diadakan mereka baru-baru ini.

“Keputusan itu dibuat oleh Majlis Pimpinan Negeri Sarawak pada mesyuarat 25 Sept 2023 yang lepas demi perpaduan dan kestabilan politik negara,” kata kenyataan itu dipetik.

Sehubungan itu jelas KEADILAN Sarawak, mereka akan memaklumkan keputusan tersebut kepada Majlis Pimpinan Pusat dan biro politik parti itu.

PRK diadakan pada 4 November susulan kematian penyandangnya, Talib Zulpilip, pada 15 September lalu.

Talib mewakili rakyat Jepak selama lima penggal dan memenangi DUN itu pada PRN 12 atas tiket GPS, selepas memperoleh majoriti 6,277 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari penamaan calon pada 21 Oktober.

Related Articles

Back to top button