Global

Masjid dibiayai rakyat Malaysia musnah akibat ledakan bom rejim Israel

Masjid Muhammad Al-Amin di Gaza, Palestin yang dibina badan bukan kerajaan, (NGO) Muslim Care Malaysia, (MCM) musnah akibat serangan balas tentera Israel.

Menurut NGO berkenaan, masjid itu dibina pada penghujung 2013 untuk kegunaan rakyat Palestin, tetapi musnah sepenuhnya akibat bedilan.

“Retak hati berkeping-keping melihat masjid yang tersergam indah hasil dana rakyat Malaysia pecah berderai kesan serangan bom oleh Zionis lsrael.

“Penghujung tahun 2013, Muslim Care Malaysia mencipta sejarah apabila berjaya membina sebuah masjid luas dan cantik untuk rakyat Palestin.

“Malangnya semua hasil usaha dan sumbangan rakyat Malaysia, hari ini, 7 Oktober 2023, Masjid Muhammad Al Amin ini musnah keseluruhannya dan tidak lagi boleh digunakan,” katanya.

Bukan sekadar mencetus kedukaan umat Islam Palestin, tindakan membuta tuli rejim itu semestinya turut melukakan hati rakyat Malaysia yang dianggap simbolik bersatu hati sokongan tanahair ini terhadap Palestin.

Bagaimanapun, beliau berkata, masyarakat setempat yakin dengan izin Allah, serta sumbangan rakyat Malaysia, masjid yang lebih baik dan baharu akan dibina di kawasan itu.

Pada Sabtu, Hamas melancarkan Operasi Al-Aqsa sebagai mesej mempertahankan diri dan menjaga kedaulatan tanah air, selain membalas penindasan rejim Zionis sejak hampir satu abad.

Pegawai Perhubungan Antarabangsa Hamas, Khaled Qadoumi berkata, rakyat Palestin ketika ini berdepan penindasan oleh pentadbiran ekstrem Israel yang mencabuli pelbagai undang-undang antarabangsa.

Related Articles

Back to top button